Friday, 19 October 2012

SUSU IBU SUSU YANG TERBAIK...!!!

Pengambilan vitamin sememangnya memberi kesan yang besar dalam MENJAYAKAN PENYUSUAN. Pengambilan vitamin hakikatnya MEMBANTU SI IBU SUSTAINED, KEKAL BERTENAGA, CERIA DAN CERGAS SEPANJANG MASA. Kita boleh sinonimkan PARA IBU INI SEPERTI POKOK. Kalau pokok itu dijaga rapi, diberi baja dan diberi perhatian sepenuhnya maka sudah tentu ia akan mengeluarkan hasil yang lumayan. Tak gitu???

1. SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP DAN PAM DENGAN KONSISTEN
    Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY AND DEMAND. Semakin banyak DEMAND semakin BANYAK susu ibu akan dihasilkan. Jadi, semakin banyak kali bayi anda disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan. INSYAALLAH penawaran dapat memenuhi permintaan.
  Hmm...ni senario yang selalu berlaku TERUTAMANYA IBU YANG BERKERJAYA. ELAKKAN MENUNGGU SEHINGGA BENGKAK SUSU, BARU PERAH. Memang hasilnya WOW!! namun untuk jangka masa yang panjang pengeluaran susu makin lama akan semakin berkurangan. Silap2 inflasi susu akan melanda!!!OOOHHH Tidak!!!!! Silap2 FM akan menjadi jalan penyelamat yang paling jelas di depan mata...
  Justeru,,,para ibu berkerjaya khasnya cuba juga curi2 mase untuk megepam dan memerah susu 3 jam sekali. Kalau boleh pam/perah pada waktu yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. Ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari cik B akan penuh dengan susu dan fenomena bengkak susu akan melanda sekiranya lewat diperah.



2. MINUM BANYAK AIR.
  Hmmm...setakat ni apa yang saya perasan bila disuruh minum air sebanyak 3 liter sehari respon yang saya selalu saya terima ; "Banyaknya!!!asyik g toilet ler jawabnya..." "X sedapler air kosong tu"
dan macam2 lg alasan yg diberi. Nak sihat, tapi xnak berusaha dan bersusah sikit. Lumrah manusia kan...kalu boleh bila dipetik je jari tu terus jadi kan apa yang kita nak??? Mana ada... Sepatutnya kita kena set yg badan ni nak guna lama tau....so organ dalaman yang xnampak kat dalam tu perlu dijaga rapi. So...lebih baik MENCEGAH DARI MENGUBATI....Pokok pangkal nya hati dan niat...
  So..ini tips untuk memastikan air kita ambil lebih dari yang diperlukan.
    - Sediakan BEKAS AIR YANG BESAR IAITU 1 atau 1.5 lter sebagai indicator untuk memudahkan kita tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    -Untuk mengelakkan ke tandas teralu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. Ini memudahkan badan menyerap air dan mengoptimumkan fungsi air dalam tubuh. Minum air juga semasa sedang menyusu.

    -Sediakan sebotol air masak di tepi katil. Sekiranya ibu terjaga malam bolehler dibasahkan tekak tu dengan air tersebut ye x?

    -HARUS DIINGAT PENGAMBILAN VITAMIN JUGA AKAN MENYEBABKAN DARAH MENJADI PEKAT. Oleh itu air dipelukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.



     
 3.DOA
  Senjata utama orang Islam adalah DOA. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi jika ALLAH kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi janganlah sombong dengan ALLAH. Banyakkan berdoa, berzikir dan memujiNya. Sesunguhnya ALLAH Maha Mendengar Lagi Maha Pemurah dengan hambanya.     


No comments:

Post a Comment