1.KEKAL BENTUK BADAN YANG CANTIK DENGAN AIR.
Anda ingin MENURUNKAN BERAT BADAN? Tahukah anda bahawa air boleh meningkatkan metaolisme badan anda dan membantu anda berasa kenyang.
So.... berubahlah dari sekarang....TUKARKAN AIR MANIS KEGEMARAN ANDA kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Senario yang biasa saya nampak ialah kita gemar makan berulamkan air. Walaupun kita akan cepat merasa kenyang tetapi sebenarnya tabiat ini kurang elok dijadikan amalan. Nak minum boleh, tapi cukupler sekadarnya sahaja.
Selain dari itu minum minuman yang sejuk juga sebenarnya juga bagus untuk proses membakar kalori kerana badan kita akan berusaha menyamakan suhu air yang sejuk itu dengan suhu badan.
2. AIR MEMBANTU MENINGKATKAN TENAGA ANDA
Apabila anda berasa haus dan letih, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
Ia dapat dilihat apabila anda melakukan senama mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk mengepam darah ke seluruh badan.
3. AIR MAMPU MENGURANGKAN STRESS
Apabila badan mengalami dehidrasi, badan dan minda anda juga turut stres. Oleh itu, jadikan rutin untuk membawa air kemana-mana jua anda berada. Alah bisa tegal biasa kan... Nak seribu daya, tak nak seribu dalih....x gitu???
4. BENTUK OTOT ANDA DENGAN AIR
Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan. Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.
5. MENCANTIKKAN KULIT
Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap minum air, kulit akan akan nampak lebih muda dan cantik. Lihat saje ler kulit kaum Cina. Mereka mempunyai kulit yang licin dan bersih.
Amalan meminum air ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.
6. MELANCARKAN PROSES PENGHADAMAN
Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan supaya mudah dikeluarkan daripada badan.
Ini kerna apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda mengeluarkan sisa buangan daripada badan.
7. MENGURANGKAN PEMBENTUKAN BATU KARANG
Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencingdi mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang, batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air yer...
JUSTERU, BERUBAHLAH DARIPADA SEKARANG...Badan kita perlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Anda boleh cuba cara di bawah:
- Isi air masak di dalam bekas indicator supaya anda tahu berapa liter air yg sudah diminum.
- Sebelum pukul 12tghri minum 1liter, sebelum pukul 5 minum lagi 1 liter dan sebelum tido habiskan lagi 1 liter. Mudah bukan? PERHATIAN....3 liter ni cuma air masak ajer tau..x termasuk air yang manis2 tu....
No comments:
Post a Comment