Friday, 19 October 2012

SUSU IBU SUSU YANG TERBAIK...!!!

Pengambilan vitamin sememangnya memberi kesan yang besar dalam MENJAYAKAN PENYUSUAN. Pengambilan vitamin hakikatnya MEMBANTU SI IBU SUSTAINED, KEKAL BERTENAGA, CERIA DAN CERGAS SEPANJANG MASA. Kita boleh sinonimkan PARA IBU INI SEPERTI POKOK. Kalau pokok itu dijaga rapi, diberi baja dan diberi perhatian sepenuhnya maka sudah tentu ia akan mengeluarkan hasil yang lumayan. Tak gitu???

1. SUSUKAN BAYI DENGAN KERAP DAN PAM DENGAN KONSISTEN
    Susu ibu terhasil berdasarkan konsep SUPPLY AND DEMAND. Semakin banyak DEMAND semakin BANYAK susu ibu akan dihasilkan. Jadi, semakin banyak kali bayi anda disusukan, otak mendapat signal bahawa lebih banyak susu perlu dihasilkan. INSYAALLAH penawaran dapat memenuhi permintaan.
  Hmm...ni senario yang selalu berlaku TERUTAMANYA IBU YANG BERKERJAYA. ELAKKAN MENUNGGU SEHINGGA BENGKAK SUSU, BARU PERAH. Memang hasilnya WOW!! namun untuk jangka masa yang panjang pengeluaran susu makin lama akan semakin berkurangan. Silap2 inflasi susu akan melanda!!!OOOHHH Tidak!!!!! Silap2 FM akan menjadi jalan penyelamat yang paling jelas di depan mata...
  Justeru,,,para ibu berkerjaya khasnya cuba juga curi2 mase untuk megepam dan memerah susu 3 jam sekali. Kalau boleh pam/perah pada waktu yang sama setiap hari supaya otak dapat menerima dan menghantar signal yang betul. Ibu akan dapati pada masa yang sama setiap hari cik B akan penuh dengan susu dan fenomena bengkak susu akan melanda sekiranya lewat diperah.



2. MINUM BANYAK AIR.
  Hmmm...setakat ni apa yang saya perasan bila disuruh minum air sebanyak 3 liter sehari respon yang saya selalu saya terima ; "Banyaknya!!!asyik g toilet ler jawabnya..." "X sedapler air kosong tu"
dan macam2 lg alasan yg diberi. Nak sihat, tapi xnak berusaha dan bersusah sikit. Lumrah manusia kan...kalu boleh bila dipetik je jari tu terus jadi kan apa yang kita nak??? Mana ada... Sepatutnya kita kena set yg badan ni nak guna lama tau....so organ dalaman yang xnampak kat dalam tu perlu dijaga rapi. So...lebih baik MENCEGAH DARI MENGUBATI....Pokok pangkal nya hati dan niat...
  So..ini tips untuk memastikan air kita ambil lebih dari yang diperlukan.
    - Sediakan BEKAS AIR YANG BESAR IAITU 1 atau 1.5 lter sebagai indicator untuk memudahkan kita tahu berapa banyak air yang telah diminum untuk sehari. Setiap kali buang air atau menyusu, minum sekurang-kurangnya secawan air.
    -Untuk mengelakkan ke tandas teralu kerap, minum dengan sedikit tetapi kerap. Ini memudahkan badan menyerap air dan mengoptimumkan fungsi air dalam tubuh. Minum air juga semasa sedang menyusu.

    -Sediakan sebotol air masak di tepi katil. Sekiranya ibu terjaga malam bolehler dibasahkan tekak tu dengan air tersebut ye x?

    -HARUS DIINGAT PENGAMBILAN VITAMIN JUGA AKAN MENYEBABKAN DARAH MENJADI PEKAT. Oleh itu air dipelukan untuk melarutkan vitamin ke seluruh tubuh.



     
 3.DOA
  Senjata utama orang Islam adalah DOA. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi jika ALLAH kata tiada rezeki untuk kita tentu rezeki itu tidak datang. Jadi janganlah sombong dengan ALLAH. Banyakkan berdoa, berzikir dan memujiNya. Sesunguhnya ALLAH Maha Mendengar Lagi Maha Pemurah dengan hambanya.     


Sunday, 14 October 2012

AIR OH AIR!!!

Dalam badan kita terdiri daripada 70% kandungan air. Air sememangnya keperluan di dalam kehidupan makhluk di dunia ini. Mari kita selami apa keajaiban air dalam memberi kesihatan terhadap tubuh badan.

1.KEKAL BENTUK BADAN YANG CANTIK DENGAN AIR.
   Anda ingin MENURUNKAN BERAT BADAN? Tahukah anda bahawa air boleh meningkatkan metaolisme badan anda dan membantu anda berasa kenyang.
   So.... berubahlah dari sekarang....TUKARKAN AIR MANIS KEGEMARAN ANDA kepada air suam. Juga sebelum makan, minum sedikit air untuk memudahkan anda merasa lebih kenyang dengan cepat. Senario yang biasa saya nampak ialah kita gemar makan berulamkan air. Walaupun kita akan cepat merasa kenyang tetapi sebenarnya tabiat ini kurang elok dijadikan amalan. Nak minum boleh, tapi cukupler sekadarnya sahaja.
  Selain dari itu minum minuman yang sejuk juga sebenarnya juga bagus untuk proses membakar kalori kerana badan kita akan berusaha menyamakan suhu air yang sejuk itu dengan suhu badan.

2. AIR MEMBANTU MENINGKATKAN TENAGA ANDA
   Apabila anda berasa haus dan letih, terus dapatkan air. Ini kerana badan anda mengalami dehidrasi dan ia menyebabkan anda merasa letih.
  Ia dapat dilihat apabila anda melakukan senama mahupun jogging. Tidak perlu tunggu untuk minum air. Segera dapatkan air sekiranya anda berasa haus. Sekiranya anda mempunyai cukup air, jantung anda tidak perlu bersusah payah untuk mengepam darah ke seluruh badan.

3. AIR MAMPU MENGURANGKAN STRESS
   Apabila badan mengalami dehidrasi, badan dan minda anda juga turut stres. Oleh itu, jadikan rutin untuk membawa air kemana-mana jua anda berada. Alah bisa tegal biasa kan... Nak seribu daya, tak nak seribu dalih....x gitu???

4. BENTUK OTOT ANDA DENGAN AIR
   Minum air membantu mengelakkan kekejangan otot dan melincirkan otot di dalam badan. Apabila anda minum air dengan cukup, anda mampu melakukan senaman dengan lebih lama dan lebih kuat tanpa perlu bersusah payah.

5. MENCANTIKKAN KULIT
   Apabila anda dehidrasi, garisan-garisan halus dan juga kedutan akan menjadi lebih ketara. Dengan kerap minum air, kulit akan akan nampak lebih muda dan cantik. Lihat saje ler kulit kaum Cina. Mereka mempunyai kulit yang licin dan bersih.
  Amalan meminum air ia juga dapat membersihkan kotoran dan melancarkan peredaran darah dan menjadikan kulit anda lebih bersinar dan bersih.

6. MELANCARKAN PROSES PENGHADAMAN
   Selain serat, air juga penting untuk penghadaman. Air membantu melarutkan bahan buangan supaya mudah dikeluarkan daripada badan.
  Ini kerna apabila anda mengalami dehidrasi, badan anda akan menyerap semua air tersebut dan menyebabkan usus besar anda menjadi kering dan menjadi bertambah sukar untuk anda mengeluarkan sisa buangan daripada badan.

7. MENGURANGKAN PEMBENTUKAN BATU KARANG
   Air membantu melarutkan garam dan mineral di dalam air kencingdi mana garam mineral tersebut antara bahan yang membentuk kristal dan menyebabkan batu karang, batu karang tidak terbentuk dalam keadaan air kencing yang tidak pekat dan cair. Jadi, kurangkan risiko anda dengan minum banyak air yer...

JUSTERU, BERUBAHLAH DARIPADA SEKARANG...Badan kita perlukan sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Anda boleh cuba cara di bawah:
  • Isi air masak di dalam bekas indicator supaya anda tahu berapa liter air yg sudah diminum.
  • Sebelum pukul 12tghri minum 1liter, sebelum pukul 5 minum lagi 1 liter dan sebelum tido habiskan lagi 1 liter. Mudah bukan? PERHATIAN....3 liter ni cuma air masak ajer tau..x termasuk air yang manis2 tu....
So...tepuk dada tanya hati...nak berubah ke tidak....he3...GOOD LUCK!!

ESP!!!!! PROMOSI MENARIK DI BULAN OKTOBER

 
KEPENTINGAN PROTEIN KEPADA BADAN.

Protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Tidak kira sama ada mahu turun atau naikkan berat badan, memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci untuk gaya hidup yang sihat.

Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘ bahan organic yang terdiri daripada 22 asid amino atau dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk MEMBINA DAN MEMBAIKI TISU SEL BADAN MANUSIA. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim.